Mawi impi buka francais Marrybrown

>> Friday, April 24, 2009

TAHUKAH anda, usia rangkaian restoran makanan segera Marrybrown (MB) sebaya dengan penyanyi Asmawi Ani atau Mawi, 28?

Bukan itu sahaja, MB juga berasal dari negeri yang sama dengan penyanyi tersohor ini iaitu Johor.

Atas faktor tersebutlah, Pengarah Urusan Kumpulan Nancy Liew menjadikan alasan untuk melantik Mawi sebagai duta selebriti MB.

Selain itu, Nancy berkata versatiliti Mawi sebagai penyanyi pop dan tradisional sesuai dengan menu tempatan dan barat.

“Populariti Mawi menjadi inspirasi kami semua dan kami tidak dapat menemui duta yang sesuai untuk jenama kami.
Dalam pada itu, Mawi ketika memberikan ucapannya menyatakan hasratnya untuk membuka sebuah francais MB.

“Saya rasa berbesar hati dan tidak menyangka MB memberi kepercayaan untuk melantik saya sebagai jurucakap.

“MB merupakan tempat istimewa saya semasa kecil di mana selepas waktu sekolah, saya dan kawan-kawan akan melepak di MB, Kulai.

“Insya-Allah, selepas ini saya mengimpikan untuk membuka sebuah francais MB,” ucap Mawi dalam satu sidang media di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur semalam.

Mengulas lanjut tentang hal tersebut, Mawi berkata dia serius untuk melakukan dan impiannya itu bukanlah suatu perkara ‘main-main’.

“Saya tengah fikirkan tentang impian membuka francais MB. Kalau boleh saya nak buka francais ini dalam sebuah bangunan ‘shop lot’ dan bukannya dalam kompleks membeli-belah seperti ini (MB Berjaya Times Square).

Ditanya tentang ‘harga’ bergelar duta selebriti MB, Mawi merahsiakan jumlah bayaran yang ditawarkan kepadanya.

Secara bergurau, Mawi turut menjawab dia dapat menikmati makanan MB secara percuma sebagai salah satu keistimewaan yang diberikan kepadanya.
Mawi bersama sajian terbaru 'Sedapnya Sate!' iaitu Nasi Sate Marrybrown dan Burger Sate yang boleh didapati sehingga 14 Jun depan.


0 comments:

  © Free Blogger Templates Selamat Hari Raya Aidilfitri by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP