AF7: Qhaud 'terlepas' gelaran Pelajar Cemerlang

>> Saturday, April 18, 2009

KUALA LUMPUR: Hasrat Mohd Qhauhd Abdul Rashid atau Qhaud untuk bergelar Pelajar Cemerlang pada minggu ini nampaknya gagal dirasai oleh peserta ini apabila dia diumumkan tersingkir pada konsert minggu keenam Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, malam tadi.

Qhaud yang membawakan lagu Seruan dendangan Lefthanded dengan baik telah berjaya memikat hati tenaga pengajar untuk dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang kali ini, namun ternyata nasib tidak menyebelahi peserta berusia 25 tahun ini apabila dia menerima undian terendah daripada penonton.

"Setiap minggu, saya dan tenaga pengajar akan buat undian peserta mana yang kami rasa mempamerkan persembahan terbaik dalam konsert mingguan dan kali ini, memang kami sebenarnya telah bersepakat untuk memilih Qhaud berdasarkan persembahan cemerlangnya.
Seperti mana Tiara dan tenaga pengajar lain, Qhaud juga turut kecewa kerana gagal menggenggam gelaran tersebut.

"Ketika pertama kali mendapat lagu ini, saya memang banyak berdoa agar dapat buat sebaik mungkin untuk jadi Pelajar Cemerlang minggu ini. Saya sudah cuba yang terbaik, tetapi nampaknya peluang saya sampai di sini saja.

"Sejujurnya, saya tidak menduga akan tersingkir pada minggu ini. Tetapi apapun, saya memang sentiasa bersiap sedia kerana saya tahu program ini memang akan ada penyingkiran," kata Qhaud.
Tiara yang kelihatan sebak dengan penyingkiran Qhaud pada malam itu berkata, Qhaud merupakan salah seorang pelajar AF7 yang istimewa.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Selamat Hari Raya Aidilfitri by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP